Ia adalah penghormatan yang begitu besar apabila diiktiraf buat kali ketiga berturut-turut untuk Komisen dan Yuran kami yang tiada tandingan oleh ForexBrokers.com, mereka adalah sumber bebas yang menyediakan ulasan komprehensif tentang broker forex peringkat antarabangsa.
Kami amat berbangga kerana terpilih daripada kalangan rakan niaga kami yang juga merupakan broker-broker terbesar dan paling dipercayai dalam industri. Anugerah ini ialah satu pengiktirafan terhadap komitmen kami untuk menawarkan pengalaman dagangan yeng terbaik dengan spread yang ketat, kadar komisen yang rendah serta pelaksanaan pesanan yang pantas kepada pelanggan. Ia juga menyerlahkan usaha berterusan kami untuk memastikan harga kami kekal berdaya saing, tanpa mengira landskap makroekonomi.
“Kami di Tickmill bekerja keras untuk mendapatkan dan mengekalkan spread terendah dalam pasaran. Kami melabur dalam teknologi terkini secara aktif untuk menjamin kependaman ultra rendah dan meminimumkan gelinciran (slippage). Selain itu, kami sentiasa memantau spread dalam industri untuk menawarkan kelebihan dagangan kepada pelanggan kami,” ulas Johnny Khalil, Ketua Urus Niaga Tickmill.
Penghargaan ini hanyalah permulaan bagi tahun 2023 yang menarik untuk Tickmill! Kami akan terus meningkatkan syarat dagangan kami dan mengurangkan kos pedagang supaya pelanggan kami boleh memanfaatkan sepenuhnya peluang dagangan yang muncul pada bila-bila masa. Perhatian kami terus tertumpu pada usaha mengembangkan kelas aset dan platform kami sambil memperkenalkan teknologi inovatif untuk membantu kami terus mendahului persaingan dan memenuhi keperluan pedagang yang semakin meningkat.
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ForexBrokers.com atas pengiktirafan ini dan ulasan yang sangat baik berkenaan Komisen dan Yuran kami.