Kami teruja untuk memberitahu anda bahawa Tickmill telah menerima tiga anugerah dalam Anugerah Forex Global 2021, untuk kategori berikut:
- Perkhidmatan Pelanggan Forex Terbaik - Global
- Pengalaman Perdagangan Forex Terbaik - Asia
- Pengalaman Perdagangan Forex Terbaik - Timur Tengah
Tickmill dikenali kerana menawarkan perkhidmatan pelanggan terbaik dan pengalaman perdagangan terbaik kepada pelanggannya, yang merupakan hasil dedikasi berterusan dan kerja keras pasukan.
Perkhidmatan Pelanggan Terbaik Global
Sebagai pengiktirafan terhadap perkhidmatan hebat yang kami berikan kepada pangkalan pelanggan kami, Tickmill telah dianugerahkan penghargaan berprestij yang mengiktiraf Tickmill sebagai Perkhidmatan Pelanggan Forex Terbaik di peringkat global! Standard tinggi kami dalam bidang perkhidmatan pelanggan dilengkapi dengan pasukan perkhidmatan pelanggan yang profesional dan berdedikasi, memberikan sokongan dalam lebih daripada 15 bahasa dengan cepat dan responsif. Kami mempunyai pemahaman yang kukuh mengenai keperluan pedagang yang terus berubah dan kami terus gigih berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik.
Pengalaman Perdagangan Terbaik
Selain diberi penghormatan untuk perkhidmatan luar biasa yang kami tawarkan kepada pelanggan kami, Tickmill juga diiktiraf sebagai Pengalaman Dagangan Forex Terbaik di rantau Asia dan Timur Tengah.
Dibina oleh pedagang untuk pedagang, pasukan kami mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai perkara yang penting bagi pelanggan. Kami bangga dengan dedikasi kami terhadap misi kami, kerana kami berusaha untuk menyediakan persekitaran perdagangan terbaik kepada pelanggan kami, sehingga mereka dapat memaksimumkan potensi mereka.
Dengan penuh ikhlas, kami ingin menyampaikan penghargaan kepada semua pelanggan setia kami atas kepercayaan dan sokongan berterusan anda sebagai kekuatan pendorong di sebalik setiap kejayaan kami, dan motivasi tambahan untuk terus menaikkan taraf dan melebihi jangkaan pelanggan kami.
Sebagai sebahagian daripada komitmen kami untuk mengutamakan pedagang, kami tetap setia pada misi kami untuk menyediakan persekitaran perdagangan terbaik dan sokongan pelanggan yang cemerlang.
Terima kasih!