Kumpulan Tickmill mengakhiri tahun 2019 dengan mencatat pertumbuhan metrik kewangan yang ketara seperti yang dipaparkan berikut:

  • Hasil bersih berjumlah $68.6 juta, menunjukkan peningkatan sebanyak 52.1% daripada keputusan tahun 2018 yang berjumlah $45.1 juta.
  • Keuntungan bersih mencecah $37.7 juta,meningkat sebanyak 91.4% berbanding $19.7 juta pada tahun 2018.
  • Volum Dagangan mencecah $1.485 bilion, meningkat sebanyak 8.6% dari 2018, sementara jumlah bilangan dagangan dilaksanakan berjumlah 89.40 juta, peningkatan sebanyak 7% dari tahun sebelumnya.
  • Volum dagangan bulanan secara purata h berjumlah $123.8 bilion berbanding dengan $114.3bn pada tahun 2018, menandakan peningkatan sebanyak 8.3%.

Semua metrik kewangan yang berkaitan dengan prestasi Kumpulan pada tahun 2019 berbanding tahun 2018 adalah disenaraikan di bawah:

2019

2018

Tahun-ke-Tahun Pertumbuhan

Hasil Dagangan Bersih*

$68.6 juta

$45.1 juta

+ 52.1%

Keuntungan Bersih*

$37.7 juta

$19.7 juta

+ 91.4%

Ekuiti Pemilik*

$72.7 juta

$40.7 juta

+ 78.6%

Volum Dagangan

$1.485 bilion

$1.368 bilion

+ 8.6%

Dagangan Dilaksanakan

89.40 juta

83.56 juta

+ 7.0%

Angka pada 31 Januari 2018 dan 2019.

* Berdasarkan penyatuan pro-forma keputusan beraudit daripada semua entiti yang dikawal selia.

Mengulas keputusan yang dibentangkan, Mukid Chowdhury, CFO Kumpulan Tickmill, berkata: "Kemajuan yang dicapai oleh Kumpulan Tickmill pada tahun 2019 menunjukkan peningkatan berterusan yang dicapai dalam semua bidang perniagaan, daripada inisiatif pemasaran dan penjenamaan kami hingga tumpuan pada perkhidmatan pelanggan bertaraf kelas pertama serta inovasi yang diperkenalkan pada teknologi dan produk kami. Walaupun terdapat beberapa suasana dagangan yang mencabar sepanjang tahun 2019, penambahbaikan ini telah membolehkan Tickmill terus menarik pelanggan baharu dan terus mengembangkan operasinya”.

En. Chowdhury menambahkan: "Kami tetap komited dalam meneruskan pelaburan ke arah pembangunan insan, produk, dan perkhidmatan kami, serta memberikan pelanggan kami dengan layanan yang mereka harapkan bagi memastikan bahawa Tickmill menjadi penyedia pilihan mereka untuk keperluan dagangan mereka. Ini merupalan bahagian penting dalam strategi kami untuk mencapai pertumbuhan yang berterusan ".

Prestasi 2020

Melangkah ke 2020, landskap global telah berubah dengan ketara berikutan pandemik di seluruh dunia yang dilihat pada separuh pertama tahun ini.

Sepanjang tempoh penguncian yang berlaku di banyak negara, semua entiti Tickmill tetap beroperasi sepenuhnya dan terus memastikan bahawa pelanggannya mendapat perkhidmatan dan sokongan penuh yang tersedia semasa mengembangkan produk dan perkhidmatan baru untuk tahun yang akan datang.

Lebih-lebih lagi, pada H1-2020 Tickmill Group telah menyaksikan peningkatan di semua metrik utama dengan pendapatan perdagangan bersih untuk separuh pertama tahun ini pada $ 54.3 juta dan keuntungan sebelum cukai pada $ 35.4 juta. Jumlah dagangan terus meningkat dengan jumlah bulanan purata $ 132 bilion pada H1-2020.

Hasil ini menunjukkan komitmen tegas Tickmill kepada pelanggannya, memastikan keperluan mereka dipenuhi setiap masa.