Dibina oleh pedagang untuk pedagang, kami sentiasa mencari cara untuk membuat perniagaan anda menjadi lebih baik, lebih pantas dan lebih bijak. Sebagai sebahagian daripada komitmen kami yang teguh untuk memberikan kelebihan dalam dagangan anda, kami telah bekerjasama dengan Autochartist untuk menyediakan anda dengan dengan isyarat perdagangan percuma .
Autochartist adalah alat analisa teknikal dalam talian utama yang mengimbas pasaran untuk memberikan anda pecahan maklumat terperinci merentasi pelbagai instrumen Forex dan CFDs. Akses perkhidmatan dan terima makluman dagangan langsung dalam bahasa anda sepanjang hari, agar anda tidak lagi melepaskan sebarang peluang.
Analisis teknikal canggih Tickmill yang dikuasai oleh Autochartist akan membantu anda membuat keputusan terbaik dan memberi anda peluang untuk menyerlahkan potensi terbaik anda melalui:
- Mengenalpasti tahap sokongan dan rintangan dengan carta terbukti dan corak Fibonacci
- Menilai risiko dan mengoptimumkan henti rugi dan mengambil tahap keuntungan dengan analisis harga pasaran yang tidak menentu
- Meningkatkan kemasukan pasaran dan titik keluar dengan menunjuk garis-garis mendatar utama
- Memanfaatkan berita pergerakan pasaran melalui laporan pasaran yang berwawasans
Duncan Anderson, Ketua Pegawai Eksekutif Tickmill UK, berkata: "Menawarkan Autochartist tanpa sebarang sekatan adalah satu cara untuk memberikan sesuatu kembali kepada pelanggan-pelanggan setia kami dan menambah nilai bagi yang baru. Penambahan Autochartist kepada pelbagai alat dagangan semasa kami adalah satu lagi mercu tanda penting untuk Tickmill dan kami berharap untuk menambah lebih lagi dalam masa terdekat.
Gunakanlah alat analisa teknikal yang serba boleh ini melalui laman web Autochartist web app atauMT4 plugin dan bawalah perniagaan anda ke peringkat yang seterusnya.
Kerugian boleh melebihi deposit yang awal.