Sebagai broker berpengalaman, kami menyedari bahawa pelanggan kami memerlukan set peralatan yang banyak untuk meningkatkan analisis teknikal dan dagangan keseluruhan mereka... Jadi, kami teruja untuk mengumumkan pelancaran Set Peralatan Dagangan Termaju MT4 kami!
Pelanggan kini boleh memahami pasaran dengan lebih mendalam, berinteraksi dengan rangkaian pedagang yang meluas dan meningkatkan analisis teknikal mereka dengan peralatan MT4 terkini kami.
Terletak dalam antaramuka yang mesra pengguna, Set Peralatan Dagangan Termaju ini mempunyai 13 aplikasi individu, 15 indikator dan pelbagai peralatan lain untuk meningkatkan kemahiran berdagang mereka.
Apa yang boleh dilakukan oleh alat ini untuk anda?
Sebenarnya, terdapat 4 bidang khusus yang membolehkan Set Peralatan Dagangan Termaju membantu meningkatkan fungsi dagangan anda.
Pertama, peralatan membantu pengurusan pelaksanaan secara berkesan dengan Terminal Dagangan Standard dan Mini. Penskalaan automatik, analisis kedudukan pesanan pembukaan, konteks khusus dalam carta dagangan danbanyak lagi bagi memudahkan dagangan dengan ketepatan.
Seterusnya, peralatan kami memastikan bahawa pengguna boleh mendapatkan Berita dan Data Pasaran terkini dengan membolehkan anda menyesuai suapan berita dan kalendar ekonomi. Terdapat juga bahan pendidikan yang pelbagai dan peralatan analisis sentimen pasaran bagi membolehkan pedagang untuk membuat keputusan dagangan berdasarkan maklumat.
Fungsi tambahan lain Set Peralatan Dagangan Termaju pula membolehkan pelanggan mengakses pelbagai indikator untuk analisis teknikal dipertingkat, pengurus pasaran untuk membina senarai amatan simbol, matriks korelasi untuk pengurusan risiko yang lebih baik dan banyak lagi.
Dapatkan maklumat mengenai fungsi penuh di sini.
Di Tickmill keutamaan kami adalah untuk memberikan kepada pelanggan kami peralatan dagangan terkini untuk memastikan mereka mampu berdagang dengan berkesan. Penambahan terbaru dari Set Peralatan Dagangan Termaju MT4 membolehkan kami meningkatkan kemahiran anda sambil memastikan bahawa kami berpegang pada janji kami untuk mengutamakan pedagang.