Baru-baru ini Tickmill telah dianugerahkan dengan Anugerah Ultimate Fintech 2022 untuk 'Spread Forex Terbaik' dalam iFXEXPO tahun ini yang diadakan antara 7 dan 9 Jun 2022 di Limassol, Cyprus.
iFXEXPO pada tahun ini juga sekali lagi mempersembahkan satu acara yang berjaya, dipenuhi dengan panel-panel menarik, mesyuarat-mesyuarat dan peluang-peluang rangkaian.
Anugerah Spread Forex Terbaik telah diserahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Tickmill EU, Valerijus Ovsianikas dan Ketua Pembrokeran, Johnny Khalil.
Mengulas mengenai pencapaian baru-baru ini, Johnny Khalil menyatakan: “Kami amat berbangga dengan anugerah ini kerana ia mencerminkan usaha berterusan kami dalam menyediakan kondisi perdagangan yang kompetitif kepada pelanggan kami. Terima kasih juga kepada teknologi termaju kami dan pengagregatan kecairan yang canggih, kami dapat menyediakan beberapa spread terendah dalam industri seluruh dunia, memenuhi keperluan dagangan pelanggan kami dengan profesionalisme, kebolehpercayaan dan keselamatan”.
Selepas menerima anugerah semasa majlis penutup, wakil dari Tickmill mengucapkan terima kasih kepada penganjur acara yang hebat ini dan berterima kasih kerana mereka yang mengundi Tickmill