Tetap kepada tanggungjawab sosial korporat Tickmill(CSR) di mana ia menggalakkan sukarelawan pekerja , Tickmill secara aktif menyokong inisiatif amal salah seorang pekerjanya untuk membantu kanak-kanak kurang bernasib baik yang tidak mempunyai akses kepada pendidikan percuma di Playa del Carmen, Mexico .

Memastikan Kanak-kanak terus bersekolah

Di bandar pelancongan sebanyak 150,000 orang, kebanyakan daripada mereka mendapat kurang dari $10 sehari, dan hanya 51% pelajar sekolah rendah maju ke sekolah menengah disebabkan sekolah menengah awam di Mexico bukan percuma .

Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan , Marilena Iakovou, dengan kerjasama Projek KKIS yang menyediakan sokongan kewangan dan sambungan komuniti ke sekolah-sekolah tempatan, memulakan misi untuk menyediakan bekalan keperluan sekolah kepada kanak-kanak yang keluarganya tidak mampu menanggung kos pendidikan awam dan memerlukan mereka bekerja.

Membantu meningkatkan tahap kemampuan dan kadar tamat pengajian

Sebagai tindak balas langsung kepada keperluan yang luarbiasa ini, Tickmill telah mendermakan sejumlah besar wang untuk membeli bekalan sekolah untuk kanak-kanak yang memerlukan, kerana pendidikan merupakan titik tumpuan bagi aktiviti firma CSR .

Wakil Tickmill telah melawat sekolah rendah dan menengah Cristo Ray yang telah dibina oleh organisasi KKIS dan menyumbangkan bekalan sekolah yang sangat diperlukan dan buku pendidikan kepada para pelajar.

Puan Iakovou berpeluang bercakap dengan pentadbir sekolah dan ahli-ahli Projek KKIS mengenai keperluan sekolah dan telah menetapkan cara-cara yang terus boleh membantu mereka pada masa yang akan datang.

CMO Kumpulan mengulas pengalamannya: "Saya berterima kasih atas sokongan Tickmill dalam merealisasikan projek yang memuaskan ini. Setiap bantuan kecil adalah penting untuk kanak-kanak ini, kerana ia dapat menjadikan pendidikan mampu untuk mereka dan memberi mereka kemampuan untuk mencapai matlamat mereka. Semua kanak-kanak mempunyai hak untuk pendidikan percuma minimum 12 tahun dan Tickmill komited untuk melawan masalah buta huruf di kawasan-kawasan dunia yang terbabit. "